nuffnang

Saturday, December 11, 2010

jenis manusia

Menurut Al-Quran Al-Karim, manusia dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu manusi Muslim, manusia Mukmin, manusia Fasiq, manusia Munafik dan manusia Fakir. Manusia inilah yang mencorakkan 
kehidupan di muka bumi ini.

Golongan pertama ialah manusia Muslim. Manusia Muslim dari segi bahasa ialah orang islam manakala dari segi istilah ialah golongan manusia yang mengucap dua kalimah syahadah, yang mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah S.W.T. sentiasa berusaha menjalankan perintah Allah S.W.T. dan menjauhi larangan-Nya. Cirri-ciri muslim sejati ialah:
·         Aqidah yang sejahtera
·         Ibadah yang sahih
·         Berpengetahuan luas
·         Akhlak yg baik
·         Berdikari
·         Memiliki tubuh badan yang sihat
·         Menepati masa
·         Bermujahadah melawan nafsu (jihad besar)
·         Urusan yang tersusun
gg
Golongan kedua ialah manusia Mukmin. Manusia Mukmin dari segi bahasa ialah orang yang beriman manakala dari segi istilah bermaksud orang yang beriman kepada Allah S.W.T. dan beriman kepada rukun-rukun Iman. Beriman dengan sebenar-benarnya dengan perbuatan dan amalan. Sifat-sifat manusia mukmin ialah:
·         Cintakan ALLAH
·         Bertakwa
·         Menerima dan patuh kepada hokum ALLAH S.W.T.
·         Solat dengan khusyuk
·         Berjihad di jalan ALLAH
·         Dakwah kepada kebaikan

Allah telah menjanjikan kepada orang mukmin seperti ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah member jaminan kepada orang mukmin dengan kehidupan yang sempurna di akhirat kelak. Allah S.W.T. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya. Di antara firmanNya yang bermaksud:
“sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin dirinya dan harta mereka  dengan memberikan syurga untuk mereka.” (At-Taubah:111)

Golongan ketiga ialah manusia fasiq. Manusia Fasiq dari segi bahasa ialah putus atau cerai manakala dari segi istilah bermaksud golongan yang tahu tentang ajaran Islam tetapi tidak mahu mengamalkannya.

Golongan keempat ialah manusia Munafik. Manusia Munafik dari segi bahasa ialah berpaling manakala dari segi istilah bermaksud orang yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. dengan lidah/kata-kata tetapi hakikatnya hati mereka menafikan pengakuan tersebut. Mereka menyembunyikan sikat kekafiran mereka dan berpura-pura sebagai orang Islam. Manusia munafik terbahagi kepada 2 iaitu :
·         Munafik Iktiqadi
·         Munafik Amali
Sifat-sifat orang munafik:
·         Penyakit hati
·         Berbuat kerosakan alam
·         Menuduh orang beriman sebagai bodoh
·         Mengambil orang kafir sebagai pemimpin orang mukmin
·         Menipu,riak.malas dalam mengerjakan ibadat
·         Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf

Golongan kelima ialah manusia Kafir (kufur).manusia Kufur dari segi bahasa ialah tutupan atau penutup manakala dari segi bahasa ialah tidak beriman kepada keesaan Allah atau kenabiaan Nabi Muhammad S.A.W. serta syariat yang disampaikan oleh baginda.kufur terbahagi kepada 4 iaitu:
·         Kufur tauhid
·         Kufur juhud (menentang)
·         Kufur nikmat
·         Kufur baraah

Sifat-sifat orng kafir ialah:
·         Tidak yakin akan adanya hari kebangkitan dan alam akhirat
·         Memperolokkan Al-Quran dan orang yang beriman
·         Menghalang manusia lain dari mengikut jalan Allah
·         Menjadi hamba kepada kebendaan
·         Merasa iri hati terhadap orang islam yang menyeru kepada kebenaran

marilah sama-sama kita berfikir sejenak dan memikirkan yang mana 1 kah jenis manusia kita. semoga kita dpt mengambil iktibar dan pengajaran. renung2kan dan slamat beramah.

Thursday, December 2, 2010

game perosak akidah

Assalamualaikum….pada zaman yang serba moden ni,pasti ramai yang berminat dengan game terutamanya ramaja dan kanak-kanak. Seperti yang kita tahu, kita dan agama kita iaitu Islam diserang dari pelbagai cara terutamanya dri segi hiburan. Hiburan dlm islam tidak salah disisi agama tetapi hukumnya haram jika ia melekakan kita dan menjauhkan diri kita dari mengingati ALLAH. Berbalik pada topik kita iaitu game, remaja banyak diserang melalui game-game yang menarik terutamanya call of duty4, counter strike dan game-game lain yang menggunakan 3D yang power.
Jika kita kaji kembali dan main kembali game seperti yang dinyatakan,mesti anda tahu character terrorist yang terdapat dalam game tersebut. Ia seakan-akan menganggap bahawa Islam itu pengganas. Jika kita kembali pencipta game tersebut, pasti musuh-musuh ALLAH yang melakukan untuk menjatuhkan agama Islam meskipun tiada lagi penjajahan nyata tetapi minda dan cara hidup kita dijajah oleh musuh-musuh ALLAH.
Seperti dalam AL-Quran telah menyatakan dalam surah Al-kafirun iaitu surah ke-109 yang bermaksud:
1. katakanalah (Muhammad),”wahai orang-orang kafir!
2.aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,
3. dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
4. dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. Dan kmu tidak pernah menyemhah apa yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.


Game itu jugalah merupakan salah satu cara untuk menghina agama ALLAH dan menyesatkan umat Islam terutamanya bagi peringkat remaja. Semoga kita dapat mengambil iktibar dari sudut hiburan dan dapat memantapkan iman kita untuk kembali berjuang membangunkan ummah.sekian terima kasih. Assalamualaikum.

Wednesday, December 1, 2010

cinta


Assalamualaikum....cinta....apakah itu cinta???mungkin ramai yang telah melalui alam percintaan yang begitu indah sekali di pandangan mata kasar mereka....cinta dunia diutamakan manakala cinta yang Esa dilupakan...begitulah manusia yang berada d zaman yang boleh dikatakan zaman dimana syaitan cuba mencari seberapa banyak pengikut-pengikutnya ke neraka jahaman......wah!!begitu dasyatnya zaman sekarang...kita diserang dri semua arah....kembali kita ke topik utama....apakah itu cinta??saya mempunyai 2 maksud cinta...
pertama,(Cinta Ikut Nabi Taat Allah)CINTA no1 dan yang kedua (Cinta Ikut Nafsu Taat Awek/Ayang)CINTA no2.... yang mana satu kah cinta kita??Taat Allah or Taat Awek/ayang???

seperti yang kita sedia maklum,tidak salah kita bercinta asalkan dapat menjaga batas2 pergaulan antara lelaki dan perempuan, tapi sayangnya mungkin 1 dalam sejuta orang sahaja mungkin boleh menjaga batas2 pergaulan...seperti yang kita tahu, apabila seseorang itu telah mempunyai pasangan, sangat-sangat jarang atau xpernah seorang Khalifah iaitu lelaki menegur pasangannya tentang hal-hal agama, pendidikan, pergaulan, dan pakaian.....

Pada zaman sekarang banyak kes-kes yang berlaku akibat CINTA no2 contohnya bunuh diri setelah ditinggalkan pasangan, berbunuh-bunuh akibat cemburu, bergaduh akibat berebut pasangan dan sebagainya....kita boleh lihat remaja zaman sekarang GHIRAH berCINTA sehingga melupai CINTA no1.....dan tambah menyedihkan ada yang tak mengaku agama sendiri iaitu ISLAM...masyaALLAH....

marilah sama-sama kita pertingkatkan ilmu agama dan pertingkatkan iman kita semasa berada di zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini....semoga ALLAH memberi petunjuk kepada mereka yang masih mencari kebenaran dan jalan yang benar.....sekian...Assalamualaikum....