nuffnang

Saturday, December 11, 2010

jenis manusia

Menurut Al-Quran Al-Karim, manusia dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian iaitu manusi Muslim, manusia Mukmin, manusia Fasiq, manusia Munafik dan manusia Fakir. Manusia inilah yang mencorakkan 
kehidupan di muka bumi ini.

Golongan pertama ialah manusia Muslim. Manusia Muslim dari segi bahasa ialah orang islam manakala dari segi istilah ialah golongan manusia yang mengucap dua kalimah syahadah, yang mengaku bahawa tiada tuhan selain Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah S.W.T. sentiasa berusaha menjalankan perintah Allah S.W.T. dan menjauhi larangan-Nya. Cirri-ciri muslim sejati ialah:
·         Aqidah yang sejahtera
·         Ibadah yang sahih
·         Berpengetahuan luas
·         Akhlak yg baik
·         Berdikari
·         Memiliki tubuh badan yang sihat
·         Menepati masa
·         Bermujahadah melawan nafsu (jihad besar)
·         Urusan yang tersusun
gg
Golongan kedua ialah manusia Mukmin. Manusia Mukmin dari segi bahasa ialah orang yang beriman manakala dari segi istilah bermaksud orang yang beriman kepada Allah S.W.T. dan beriman kepada rukun-rukun Iman. Beriman dengan sebenar-benarnya dengan perbuatan dan amalan. Sifat-sifat manusia mukmin ialah:
·         Cintakan ALLAH
·         Bertakwa
·         Menerima dan patuh kepada hokum ALLAH S.W.T.
·         Solat dengan khusyuk
·         Berjihad di jalan ALLAH
·         Dakwah kepada kebaikan

Allah telah menjanjikan kepada orang mukmin seperti ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menunjukkan bahawa Allah member jaminan kepada orang mukmin dengan kehidupan yang sempurna di akhirat kelak. Allah S.W.T. tidak sekali-kali memungkiri janjiNya. Di antara firmanNya yang bermaksud:
“sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin dirinya dan harta mereka  dengan memberikan syurga untuk mereka.” (At-Taubah:111)

Golongan ketiga ialah manusia fasiq. Manusia Fasiq dari segi bahasa ialah putus atau cerai manakala dari segi istilah bermaksud golongan yang tahu tentang ajaran Islam tetapi tidak mahu mengamalkannya.

Golongan keempat ialah manusia Munafik. Manusia Munafik dari segi bahasa ialah berpaling manakala dari segi istilah bermaksud orang yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. dengan lidah/kata-kata tetapi hakikatnya hati mereka menafikan pengakuan tersebut. Mereka menyembunyikan sikat kekafiran mereka dan berpura-pura sebagai orang Islam. Manusia munafik terbahagi kepada 2 iaitu :
·         Munafik Iktiqadi
·         Munafik Amali
Sifat-sifat orang munafik:
·         Penyakit hati
·         Berbuat kerosakan alam
·         Menuduh orang beriman sebagai bodoh
·         Mengambil orang kafir sebagai pemimpin orang mukmin
·         Menipu,riak.malas dalam mengerjakan ibadat
·         Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf

Golongan kelima ialah manusia Kafir (kufur).manusia Kufur dari segi bahasa ialah tutupan atau penutup manakala dari segi bahasa ialah tidak beriman kepada keesaan Allah atau kenabiaan Nabi Muhammad S.A.W. serta syariat yang disampaikan oleh baginda.kufur terbahagi kepada 4 iaitu:
·         Kufur tauhid
·         Kufur juhud (menentang)
·         Kufur nikmat
·         Kufur baraah

Sifat-sifat orng kafir ialah:
·         Tidak yakin akan adanya hari kebangkitan dan alam akhirat
·         Memperolokkan Al-Quran dan orang yang beriman
·         Menghalang manusia lain dari mengikut jalan Allah
·         Menjadi hamba kepada kebendaan
·         Merasa iri hati terhadap orang islam yang menyeru kepada kebenaran

marilah sama-sama kita berfikir sejenak dan memikirkan yang mana 1 kah jenis manusia kita. semoga kita dpt mengambil iktibar dan pengajaran. renung2kan dan slamat beramah.

No comments:

Post a Comment