nuffnang

Thursday, December 2, 2010

game perosak akidah

Assalamualaikum….pada zaman yang serba moden ni,pasti ramai yang berminat dengan game terutamanya ramaja dan kanak-kanak. Seperti yang kita tahu, kita dan agama kita iaitu Islam diserang dari pelbagai cara terutamanya dri segi hiburan. Hiburan dlm islam tidak salah disisi agama tetapi hukumnya haram jika ia melekakan kita dan menjauhkan diri kita dari mengingati ALLAH. Berbalik pada topik kita iaitu game, remaja banyak diserang melalui game-game yang menarik terutamanya call of duty4, counter strike dan game-game lain yang menggunakan 3D yang power.
Jika kita kaji kembali dan main kembali game seperti yang dinyatakan,mesti anda tahu character terrorist yang terdapat dalam game tersebut. Ia seakan-akan menganggap bahawa Islam itu pengganas. Jika kita kembali pencipta game tersebut, pasti musuh-musuh ALLAH yang melakukan untuk menjatuhkan agama Islam meskipun tiada lagi penjajahan nyata tetapi minda dan cara hidup kita dijajah oleh musuh-musuh ALLAH.
Seperti dalam AL-Quran telah menyatakan dalam surah Al-kafirun iaitu surah ke-109 yang bermaksud:
1. katakanalah (Muhammad),”wahai orang-orang kafir!
2.aku tidak menyembah apa yang kamu sembah,
3. dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
4. dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. Dan kmu tidak pernah menyemhah apa yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.


Game itu jugalah merupakan salah satu cara untuk menghina agama ALLAH dan menyesatkan umat Islam terutamanya bagi peringkat remaja. Semoga kita dapat mengambil iktibar dari sudut hiburan dan dapat memantapkan iman kita untuk kembali berjuang membangunkan ummah.sekian terima kasih. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment